Tanggal 7 Ogos 2010, bertempat di PNB Park KL, sabahat kita Saudara Zailani Mansor yang juga merupakan CEO Preston Shipyard Sdn Bhd, Wilayah Persekutuan Labuan telah bermurah hati mengadakan Mini Re-Union Ex-SMDS 1978-1982. Tercatat buat pertama kalinya kami dapat bertentang mata dengan beberapa orang kawan yang sudah lama tidak bersua, yang berkesempatan untuk menghadirinya iaitu Saudara Zailani sendiri, Shahidi, Mohd Azam, Abu Naim, Norazmah Jaini,Rahimah Bosman, Mimi, Hanisah (Rasyid tidak dapat hadir kerana masih berada di Bangkok dan Rohaidah Yon. Walaupun tidak ramai yang hadir tetapi kemeriahannya cukup terasa kerana masing-masing punya cerita yang boleh dikongsi dan yang paling melucukan apabila saya sendiri (Rohaidah Yon) selama ini tidak mengetahui bahawa suami Hanisah ialah Rashid. Itupun setelah berkepuk saya memperkatakan tentang Rashid yang 'gila-gila' semasa zaman sekolah. Tak sangka pula berjaya sebagai seorang jurutera di Bangkok.
Terima kasih Saudara Zailani Mansor yang sudi menjamu kami dengan makanan yang enak-enak, Bersantai seketika di kondominiumnya. Hanya Allah yang akan membalas jasa baiknya. Sesungguhnya mini reunion ini akan kekal terpahat di sanubari setelah 28 tahun tidak bersua, dapat berjumpa walaupun seketika.
Abu Naim memotong kek mini re-union Ex-Smds 1978-82. Tengoklah tangannya tu menggigil...
Masih kacak tak saya... Agaknya itulah yang terbetik di hatinya. Untuk pengetahuan anda berdua
anda masih gantangggg....
Inilah wajah Saudara Zailani Mansor. Walaupun letih dari Labuan, tetap melayani kawan-kawan.
Sempat juga bergambar, walau dah kenyang dan mengantuk........
Senyum... 1,2,3.
Boss pening.... Memikirkan re-union yang akan datang. Bila?
Kesimpulannya, pertemuan pada malam tersebut menjalinkan silaturahim yang terputus dan persahabatan yang terhenti kerana putaran masa dan waktu. Moga hari ini dan esok, nostalgia tetap berbunga dan berkembang di nubari kita dan terus menjadi lentera(cahaya/obor) yang terus bersinar. Saya juga tumpang bangga kawan-kawan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Terima kasih juga kepada suami masing-masing yang setia menemani isteri pada malam itu.
SYABAS BUAT SAHABAT KITA (ZAILANI MANSOR)YANG MENJADI KAWAN YANG SERING MENGHARGAI KAWAN-KAWAN






terima kasih kepada yang sudi hadir dan memberi sokongan
ReplyDelete