SIRIH LIPAT BERDAUN LEBAR,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA APA KHABAR,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi. Tanggal 13 September 2010, tersemat di sanubari kita bekas pelajar-pelajar SMDS 1978-1982 apabila buat julung kalinya majlis Malam Reunion diadakan dengan penuh warna warni dan gilang gemilang. Sesungguhnya majlis pada malam tersebut amat bermakna kerana dapat menjalin ukuwah dan silaturahim di antara kita yang mungkin sudah lama tidak bersua. Terputus khabar berita. Mungkin merantau jauh entah ke mana. Hari ini baharu kita bersua muka. Membuka lembaran cerita. Menyingkap jendela nostalgia. SMDS adalah gedung ilmu yang kekal di lubuk jiwa. Tempat kita menimba segala pengetahuan penyuluh ilmu di dada.
Sunyi dari sebarang perkhabaran bukan bermakna kita hilang dari pandangan. Diam tanpa sebarang perbualan, bukan bererti kita lupa kepada rakan dan taulan. Jauh.....Bukan bererti kita putus perhubungan.
Sesungguhnya majlis pada malam ini tidak akan berjaya tanpa kehadiran rakan-rakan yang sudi hadir walau kesebukan dalam pelbagai tugas dan urusan. Terima kasih kepada barisan AJK Pengelola Majlis Malam Reunion Bekas Pelajar SMDS 1978-1982 (akan dilampirkan) dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Saudara Zailani bin Mansor kerana sudi membiayai sebahagian besar majlis pada malam tersebut. Dan beberapa orang AJK yang bermurah hati mengeluarkan sejumlah wang dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semuga anda semua dilimpahkan lagi rezeki. Tahun hadapan sponsorlah lagi....
Juga terima kasih kepada Tuan Pengetua SMKDS iaitu Encik Misli bin Rosbadi yang sudi memberi keizinan menggunakan dewan Bestari yang ceria. Terima kasih semua.
Kami barisan AJK juga memohon ampun dan maaf sekiranya:
senyum tak berbalas,
panggilan tak bersahut,
datang tak dijemput duduk,
salam tak bersambut,
yang berpangkat tak disebut gelarannya,
sesungguhnya kita semua sama sahaja. Tiada tinggi tiada rendah.
Terima kasih daun keladi,
tahun hadapan berjumpa lagi.
Tuan Pengetua Encik Misli bin Rosbadi memotong kek sebagai tanda majlis bermula.
Tuan Pengetua bersama Saudara Zailani Mansor yang bermurah hati membiayai reunion ini.
Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim...Saya rasmikan majlis Re-union ini.
Rakan-rakan Ex-Smds 1978-1982
Sahabat yang ceria: Ishak. Hassan dan Rashid.
Kek cheese yang ditempah khas untuk majlis ini
Saat berpisah setelah majlis tamat
Mug sponsor daripada Rashid dan Hanisah
Boss khusuk berdoa....Ya, Allah kurniakanlah lagi rezeki yang melimpah agar tahun hadapan dapat sponsor lagi majlis re-union pada masa akan datang. Amin
Gembiranya...Impian untuk mengadakan reunion menjadi kenyataan.
I tak sangkalah.... Dapat hadir majlis seumpama ini. Besttttttttt......
Cikgu terharulah.... Benar-benar gembira. Berada dalam majlis ini. Terima kasih
Aku lagi gembira... Dapat main bunga api dan mercun. Dapat pula tiket ke Kota Kinabalu. Hahaha..
Aku sanggup tau datang dari Ipoh.... kerana majlis ini tau..
Rashid sanggup datang dari Bangkok... Aku pula dari Labuan ba...



































salam siapa yang tinggal di ipoh sekarang ni yer..? leh add fb saya nizam basiran x.. terima kasih yar abg2 n kakak2
ReplyDelete