HAYATI PANTUN INI:
Pergi ke pasar beli petola,
sayur kobis dibuat acar,
Nazlan Basar Pengerusi JK pengelola,
memasti majlis berjalan lancar.
Menyusun atur lauk dan nasi,
hidangan minuman bersulam santapan,
Zailani Mansor Naib Pengerusi,
CEO dermawan membiayai jamuan.
Indah khabar Pulau Sentosa,
kehijauan di darat menjadi tambatan,
Rosmah Jaafar seorang setiusaha,
catat mencatat terserlah kehebatan.
Burung kedidi riuh menyanyi,
bersama angin riang berterbangan,
diamanah menjadi seorang bendahari,
Noraini Tusimin menyahut seruan.
Tumbuh ambra di tepi paya,
tumbuh bersama pohon pakis,
menjadi pengacara itu kegemarannya,
Rohaidah Yon berusaha menyeri majlis.
Berkembang Dahlia kelopaknya tiga,
harum mekar indah azimat,
Persembahan multimedia menggamit nostalgia,
Ramlan Hashim pakar teknologi maklumat.
Ambil galah menjolok jambu,
manis rasa enak dimakan,
Shahidi Abdullah penyambut tetamu,
ramah mesra bertemu rakan.
Pohon mempelam di hujung padang,
pohon jambu tumbuh berbaris,
Mejar Mohd. Azam turun gelanggang,
memasti tetamu ceria ke majlis.
Kedengaran azan di waktu subuh,
tabuh dipalu bergema maya,
Hassan Rukiman datang dari Ipoh,
menyambut tetamu itu tugasannya.
Sungguh indah panorama senja,
pasang pelita sinaran cerah,
Noraini dan Mismah rajin bekerja,
mengendali cenderamata segala hadiah.
Lenyap embun dipanah suria,
indah buana cuaca terang,
Atikah dan Seri Banun saling bersama,
pendaftaran dilaksana dengan tenang.
Ikan patin ikan haruan,
enak dimakan gulai tempoyak,
Zainnuddin AJK jamuan,
menjamu makanan yang sangat enak.
Terbang lepas si burung helang,
tinggi di awan angkasaraya,
tugas-tugas khas telah disandang,
Abu Bakar Supian melaksana kerja.