Ex-SMDS 1978-1982

Ex-SMDS 1978-1982

Tuesday, October 5, 2010

SYABAS .... ENCIK ZAILANI MANSOR

Wajah insan yang berjaya...

                                                                   ceria...berjaya
                                      ZAILANI MANSOR CEO PRESTON SHIPYARD.SDN BHD

                                               Encik Zailani bersama delegasi dari Holland

                                                           Delegasi Holland ke Labuan




        INILAH PRESTON SHIPYARD SDN BHD DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


                                                Dialah  putera
                               daerah daksina negeri di hujung tanah
                               yang memancar cahaya 
                               di pulau sana
                               setelah kembara di jeladeri cita
                               membelah kelikir 
                               dan ombak cabaran                              
                               terbina mahligai kejayaan
                               di pantai harapan
                               mengutip butir mutiara
                               membilang permata 
                               menjadi mercu watan gemilang. 
                               
                               Dialah putera
                               yang menjadi lentera 
                               menghias cakerawala perjuangan

                                              

catatan:
daksina: selatan
negeri hujung tanah: Johor
jeladeri: lautan
lentera : obor/cahaya



ZAILANI MANSOR-TOKOH BEKAS PELAJAR SMDS YANG BERJAYA



 APABILA LENTERA SEMAKIN MENYALA............



Monday, September 20, 2010

Mejar Mohammad Azam bin Haji Othman. Gambar semasa zaman sekolah....

Mejar Mohammad Azam bin Othman adalah bekas pelajar SMDS pada tahun 1978-1982.  Beliau pada masa zaman persekolahan merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan kegiatan kokurikulum.  Serorang yang baik budi, peramah walaupun kadangkala nampak pendiam dan serius.... Perwatakan yang sesuai dengan dirinya yang bertugas dalam tdalam bidang ketenteraan.  Sebagai seorang yang hebat sejak zaman persekolahan hingga berkerjaya tidak mustahilah akhirnya beliau mendapat status "MEJAR". Moga pada tahun-tahun beliau akan datang memperolehi peningkatan dalam apa jua lapangan yang ditempuhi.  Selamat maju jaya...
                                             Tengoklah tu...Seriusnya Azam di padang...

Wajah seorang pemenang... Tinggi piala tu. Setinggi harapan dan cita-cita.








Setelah dewasa

Bersama rakan sekolah

Azam bersama isteri yang menawan dan anak-anak yang comel.  Sesuailah dengan Azam yang tampan.

MESYUARAT DAN SESI TEH TARIK EX-SMDS PADA 27 OGOS 2010

Pada 27 Ogos 2010 bertempat di Bilik Gerakan SMK Dato' Sulaiman telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja   untuk Majlis Re-union Ex-SMDS 1978-1982.  Mesyuarat tersebut bermula pada jam 3 petang.  Kehadiran ahli jawatankuasa ialah
               Nazlan Basar
               Zailani Mansor
               Mohamad Azam Hj.Othman
               Shahidi Abdullah
               Zainuddin Basiron
               Abu Bakar Sufian
               Rohaidah Yon
               Rosmah Jaafar
               Noraini Tusimin
               Seri Banun Mohd.Yusuf
               Noratikah Harun
               Misnah Hambali
walaupun letih berpuasa mesyuarat tetap dijalankan agar segalanya berjalan lancar

     Siapalah yang buat lawak....Ketawa besar Tuan Pengerusi kita...

 Rosmah dan Noraini sempat berbincang nak masak apa untuk berbuka puasa nanti...
                             OOoo..  Zainuddin rupa-rupanya yang buat lawak...
Kawan kita ni dilantik sebagai AJK Jamuan.

Setelah kata sepakat diambil, terbentuklah AJK Jawatankuasa Pengelola Malam Re-union Ex-Smds 1978-1982.  Bermula daripada tarikh tersebut pelbagai usaha telah dilakukan untuk melicinkan lagi perjalanan majlis yang akan diadakan pada 13 September 2010 jam 8 malam di Dewan Bestari, SMK Dato' Sulaiman  Antaranya ialah menghubungi beberapa orang guru yang pernah mengajar bekas pelajar tahun tersebut serta sedaya upaya menghubungi rakan-rakan agar dapat datang ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan.  Mesyuarat tamat pada jam 5.30 petang.  Sebelah malamnya AJK yang terdiri daripada kaum lelaki telah menghadiri sesi teh tarik sebagai kesinambungan masyuarat pada waktu petang.  Kita saksikan gelagat mereka ketika malam tersebut;

Hai....minum teh je ke?  Nama pun sesi teh tarik.  Mereka ni tak ajak pun kaum Hawa untuk join sama....  Takut teh tak cukup kot...   Tabik springgggg buat orang Labuan yang turun padang dalam sesi mesyuarat petang itu.  Walaupun letih tetap tersenyum.  Kesungguhan untuk menjayakan majlis jelas terserlah di hatinya.
  Tengoklah mereka ni... walaupun letih masih mampu berposing.....
  Inilah masanya mereka rehatkan fikiran dengan bertemu kawan-    
  kawan.  Tahniah buat Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis 
  tersebut saudara Nazlan Basar kerana mengadun idea untuk me-
  mastikan majlis tersebut berjalan lancar.........



Sunday, September 19, 2010

MINI REUNION PADA 7 OGOS 2010 DI PNB PARK,KL

Tanggal 7 Ogos 2010, bertempat di PNB Park KL, sabahat kita Saudara Zailani Mansor yang juga merupakan CEO Preston Shipyard Sdn Bhd, Wilayah Persekutuan  Labuan telah bermurah hati mengadakan Mini Re-Union Ex-SMDS 1978-1982.  Tercatat buat pertama kalinya kami dapat bertentang mata dengan beberapa orang kawan yang sudah lama tidak bersua, yang berkesempatan untuk menghadirinya iaitu Saudara Zailani sendiri, Shahidi, Mohd Azam, Abu Naim, Norazmah Jaini,Rahimah Bosman, Mimi, Hanisah (Rasyid tidak dapat hadir kerana masih berada di Bangkok dan Rohaidah Yon.  Walaupun tidak ramai yang hadir tetapi kemeriahannya cukup terasa kerana masing-masing punya cerita yang boleh dikongsi dan yang paling melucukan apabila saya sendiri (Rohaidah Yon) selama ini tidak mengetahui bahawa suami Hanisah ialah Rashid.  Itupun setelah berkepuk saya memperkatakan tentang Rashid yang 'gila-gila' semasa zaman sekolah.  Tak sangka pula berjaya sebagai seorang jurutera di Bangkok. 
               Terima kasih Saudara Zailani Mansor yang sudi menjamu kami dengan makanan yang enak-enak,  Bersantai seketika di kondominiumnya.  Hanya Allah yang akan membalas jasa baiknya.  Sesungguhnya mini reunion ini akan kekal terpahat di sanubari setelah 28 tahun tidak bersua, dapat berjumpa walaupun seketika. 

Abu Naim memotong kek mini re-union Ex-Smds 1978-82.  Tengoklah tangannya tu menggigil...

 
Masih kacak tak saya... Agaknya itulah yang terbetik di hatinya.  Untuk pengetahuan anda berdua
anda masih gantangggg....


Inilah wajah Saudara Zailani Mansor.  Walaupun letih dari Labuan, tetap melayani kawan-kawan.


                               Sempat juga bergambar, walau dah kenyang dan mengantuk........

                                                                   Senyum...  1,2,3.

                                     Boss pening.... Memikirkan re-union yang akan datang.  Bila?

Kesimpulannya, pertemuan pada malam tersebut menjalinkan silaturahim yang terputus dan persahabatan yang terhenti kerana putaran masa dan waktu.  Moga hari ini dan esok, nostalgia tetap berbunga dan berkembang di nubari kita dan terus menjadi lentera(cahaya/obor) yang terus bersinar.   Saya juga tumpang bangga kawan-kawan berjaya dalam kerjaya masing-masing.   Terima kasih juga kepada suami masing-masing yang setia menemani isteri pada malam itu.
              SYABAS BUAT SAHABAT KITA (ZAILANI MANSOR)YANG MENJADI KAWAN YANG SERING MENGHARGAI KAWAN-KAWAN

Saturday, September 18, 2010

PANTUN AJK MALAM REUNION BEKAS PELAJAR SMDS 1978-1982


HAYATI PANTUN INI:

Pergi ke pasar beli petola,
sayur kobis dibuat acar,
Nazlan Basar Pengerusi JK pengelola,
memasti  majlis berjalan lancar.

                 Menyusun atur lauk dan nasi,
                 hidangan minuman bersulam santapan,                                           
                 Zailani Mansor Naib Pengerusi,
                 CEO dermawan  membiayai jamuan.

Indah khabar Pulau Sentosa,
kehijauan di darat menjadi tambatan,
Rosmah Jaafar seorang setiusaha,
catat mencatat terserlah kehebatan.

                  Burung kedidi riuh menyanyi,
                  bersama angin riang berterbangan,
                  diamanah menjadi seorang  bendahari,
                  Noraini Tusimin menyahut seruan.

Tumbuh ambra di tepi paya,
tumbuh bersama pohon pakis,
menjadi pengacara itu kegemarannya,
Rohaidah Yon berusaha menyeri majlis.

                 Berkembang Dahlia kelopaknya tiga,
                 harum mekar indah azimat,
                 Persembahan multimedia menggamit nostalgia,
                 Ramlan Hashim pakar teknologi maklumat.

Ambil galah menjolok jambu,
manis rasa enak dimakan,
Shahidi Abdullah penyambut tetamu,
ramah mesra bertemu rakan.

                 Pohon mempelam di hujung padang,
                 pohon jambu tumbuh berbaris,
                 Mejar Mohd. Azam turun gelanggang,
                 memasti tetamu ceria ke majlis.

Kedengaran azan di waktu subuh,
tabuh dipalu bergema maya,
Hassan Rukiman datang dari Ipoh,
menyambut tetamu itu tugasannya.

                Sungguh indah panorama senja,
                pasang pelita sinaran cerah,
                Noraini dan Mismah rajin bekerja,
                mengendali cenderamata segala hadiah. 

Lenyap embun dipanah suria,
indah buana cuaca terang,
Atikah dan Seri Banun saling bersama,
pendaftaran dilaksana dengan tenang.

               Ikan patin ikan haruan,
               enak dimakan gulai tempoyak,
               Zainnuddin AJK jamuan,
               menjamu makanan yang sangat enak.

Terbang lepas si burung helang,
tinggi di awan angkasaraya,
tugas-tugas khas telah disandang,
Abu Bakar Supian melaksana kerja.

MAJLIS REUNION BEKAS PELAJAR SMDS 1978-1982 PADA 13 SEPTEMBER 2010 JAM 8 MALAM DI DEWAN BESTARI SMKDS

SIRIH LIPAT BERDAUN LEBAR,
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA APA KHABAR,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi.  Tanggal 13 September 2010, tersemat di sanubari kita bekas pelajar-pelajar SMDS 1978-1982 apabila buat julung kalinya majlis Malam Reunion diadakan dengan penuh warna warni dan gilang gemilang.  Sesungguhnya majlis pada malam tersebut  amat bermakna kerana dapat menjalin ukuwah dan silaturahim di antara kita yang mungkin sudah lama tidak bersua.  Terputus khabar berita.  Mungkin merantau jauh entah ke mana.  Hari ini baharu kita bersua muka.  Membuka lembaran cerita.  Menyingkap jendela nostalgia.  SMDS adalah gedung ilmu yang kekal di lubuk jiwa.  Tempat kita menimba segala pengetahuan penyuluh ilmu di dada.

Sunyi dari sebarang perkhabaran bukan bermakna kita hilang dari pandangan.  Diam tanpa sebarang perbualan, bukan bererti kita lupa kepada rakan dan taulan.  Jauh.....Bukan bererti kita putus perhubungan.

Sesungguhnya majlis pada malam ini tidak akan berjaya tanpa kehadiran rakan-rakan yang sudi hadir walau kesebukan dalam pelbagai tugas dan urusan.  Terima kasih kepada barisan AJK Pengelola Majlis Malam Reunion Bekas Pelajar SMDS 1978-1982 (akan dilampirkan) dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada Saudara Zailani bin Mansor kerana sudi membiayai sebahagian besar majlis pada malam tersebut. Dan beberapa orang AJK yang bermurah hati mengeluarkan sejumlah wang dalam memastikan majlis ini berjalan lancar.  Semuga anda semua dilimpahkan lagi rezeki.  Tahun hadapan sponsorlah lagi....

Juga terima kasih kepada Tuan Pengetua SMKDS iaitu Encik Misli bin Rosbadi yang sudi memberi keizinan menggunakan dewan Bestari yang ceria.  Terima kasih semua.

Kami barisan AJK juga memohon ampun dan maaf sekiranya:
senyum tak berbalas,
panggilan tak bersahut,
datang tak dijemput duduk,
salam tak bersambut,
yang berpangkat tak disebut gelarannya,
sesungguhnya kita semua sama sahaja. Tiada tinggi tiada rendah.

Terima kasih daun keladi,
tahun hadapan berjumpa lagi.


                    Tuan Pengetua Encik Misli bin Rosbadi memotong kek sebagai tanda majlis bermula.

             Tuan Pengetua bersama Saudara Zailani Mansor yang bermurah hati membiayai reunion ini.

Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim...Saya rasmikan majlis Re-union ini.

                                                            Rakan-rakan Ex-Smds 1978-1982

                                              Sahabat yang ceria: Ishak. Hassan dan Rashid.


                                              Kek cheese yang ditempah khas untuk majlis ini

                                                  Saat berpisah setelah majlis tamat


                                                 Mug sponsor daripada Rashid dan Hanisah


Boss khusuk berdoa....Ya, Allah kurniakanlah lagi rezeki yang melimpah agar tahun hadapan dapat sponsor lagi majlis re-union pada masa akan datang.  Amin
Gembiranya...Impian untuk mengadakan reunion menjadi kenyataan.
  I tak sangkalah.... Dapat hadir majlis seumpama ini.  Besttttttttt......
Cikgu terharulah.... Benar-benar gembira. Berada dalam majlis ini.  Terima kasih
Aku lagi gembira... Dapat main bunga api dan mercun.  Dapat pula tiket ke Kota Kinabalu. Hahaha..
Aku sanggup tau datang dari Ipoh.... kerana majlis ini tau..
Rashid sanggup datang dari Bangkok... Aku pula dari Labuan ba...